Video 3.



Assalamualaikum.

OK. Ini video terbaru di aplod. :) Pengantinnya ialah Azran dan Azzreen. Lokasinya di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur. 
[Kejadahnya aku skema ni?] Haihss.

Video 2.





Terkadang bukan mudah untuk membikin satu video secara spontan.Tidak semua yang kita rancang menjadi. Dan selalunya dugaan itu akan datang untuk membataskan segala usaha kita tika itu. :) Kita perlu tambah suhu kesabaran dan lebih pantas memikir cara untuk menempel kekurangan yang ada. 

Sempena kembalinya bulan Syawal yang mulia ini dan sebagai menghargai hari kemerdekaan, aku bikin satu video yang ringkas. Terima kasih harus dilayangkan buat keluarga dan kawan-kawan yang sudi membantu. 

Selamat Hari Raya kawan-kawan.  Dan hargai kemerdekaan ini. Jangan ditanya, diungkit dan dipanjangkan isu yang remeh. Jadilah manusia yang baik, jika tidak mampu maka berusahalah :)









Kadang-kadang kita keliru dengan cita-cita, impian dan apa yang kita lakukan sebelum ini. Jadi, apalah salahnya jika kita mencuba apa saja yang jalannya adalah halal disisi tuhan. :)

Video dibawah adalah contoh dari aku dan kawan-kawan aku bikin. Kalau berminat, sila la respon. :)




hitam dan putih.



bahase yaw.

 
"aq cubew..
kowg wat pew tuw?
pose taw jgn tak pose keyh.
jgn tiruw perangai 'seth tan' [ejaan ni aku tipu.ahaha] plax.
taw xpew."
 
 
wow. katanya senaman bibir. hahaha. jgn terlalu senaman sgt la weh! ni kena dengan mak aku dah lama mulot tu kena tampo. haa amek. penat aku mengajar BM katanya.  Hahah!

Fiza & Zack.


kembali ke musim sekolah!


comel.




diam-diam berisi bukan diam duduk makan percuma.
diam-diam duduk bukan diam tak tahu apa.
diam-diam telek lain bukan diam malas nak bikin kerja.

tapi diam tanda tak setuju.
tapi diam tanda memikir.
tapi diam enggan berpecah.

makin berisi makin menghormati.
makin berisi makin merendah hati.
makin berisi makin comel-lah budi.

kabur dan jelas.


Kadang-kadang aku jelas.
Kadang-kadang aku kabur.

Jelas-jelas aku cemburu.
Kabur-kabur aku marah.
Cemburu aku, sayangkan dia
Marah aku mahukan dia.

Tapi;
Dia jarang-jarang perasan.
Dia jarang-jarang nampak.

Dia rabun atau aku yang terlebih jelas?